APA YANG ANDA PERLU TAHU.....................

Rabu, 5 Ogos 2009

Air terjun....sejukkkkkkkkkkkkkk

Tasik Puteri merupakan hasil dari bekas perlombongan bijih besi
TASIK PUTERI BUKIT BESI
Airnya yang kebiru-biruan sesalju mata yang memandang. Adakalanya angina yang bertiup damai membuatkan hati bertambah teruja akan keindahan Tasik Puteri Bukit Besi. Tasik ini yang terletak dalam Daerah Dungun merupakan sebuah tasik buatan manusia yang dihasilkan daripada peninggalan lombong bijih besi.Tasik ini dahulunya lombong bijih kini bertukar menjadi pusat rekreasi utama bagi penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan. Keluasan tasik ini adalah 131 hektar. Tasik ini melibatkan kawasan persekitaran kira-kira 5km persegi, bersempadan Kampung Dikinson di sebelah utara, terletak kira-kira 3 km dari bandar Bukit Besi bila menghala ke Kuantan melalui jalan Jerangau – Jabor. Di tebing sebelah barat tasik ini terdampar indah menghijau sebuah kawasan padang golf iaitu Tasik Puteri Golf Club. Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertanggungjawab memajukan tasik ini untuk tujuan perlancongan yang terkenal.
Tasik Puteri Bukit Besi terletak kira- kira 100 kilometer dari Kuala Terengganu dan 200 kilometer dari Kuantan menggunakan jalan Jerangau – Jabor. Pelancong boleh memandu sendiri ke Tasik Puteri melalui Jalan Jerangau Jabor .Dari Kuala Terengganu menggunakan Jalan Jerangau Jabor- Kuantan sebelum masuk ke persimpangan kanan ke Bandar Bukit Besi.Tasik ini terletak dipinggir lebuh raya Jerangau Jabor –Kuantan.Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke tempat rekreasi ini.

Ini juga salah satu lokasi peninggalan hasil perlombongan biji besi


Inilah salah satu hasil peninggalan perlombongan bijih besi

Mendengar namnya sahaja pasti membuatkan orang mengetahui tempat ini kaya dengan hasil besinya. Namun ia hanya tinggal sejarah kini. Lombong bijih besi telah lama ditutup namun tinggalanya membuatkan Bukit Besi suatu tempat yang kaya dengan nilai sejarah. Bukit Besi terletak kira-kira satu jam perjalanan dari arah Bandar Dungun. Jika pengunjung datang dari Bandar Dungun, untuk sampai ke Bukit Besi, pengunjung haruslah menghala ke arah Kuala Terengganu. Terdapat satu simpang kiri menghala ke Bukit Besi iaitu dengan jarak 32km.
Menarik tentang Bukit Besi tentunya tinggalan sejarahnya di mana di sini terdapat banyak bangunan lama tepat pemprosesan bijih besi yang cukup menarik untuk dilawati. Berlatarbelakangkan keindahan alam semula jadi hutan, struktur bangunan lama ini kelihatan begitu cantik dan unik. Selain daripada itu, yang terkenal di sini tentunya keindahan Tasik Puteri. Airnya yang kebiru-biruan meyejukkan mata yang memandang.Malahan pelbagai projek telah direncanakan pihak kerajaan bagi terus membangunkan Bukit Besi antaranya ialah dengan pelan pembinaan institusi pengajian tinggi di kawasan ini. Kerajaan berhasrat untuk mendirikan Universiti Teknologi Mara (UITM) kampus cawangan Bukit Besi. Bukit Besi sekarang sudah banyak berubah di bawah pentadbiran LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH(KETENGAH). Malah Bukit Besi kini dipanggil Bandar Bukit Besi.Dengan pentadbiran Ketengah dan sokongan yang berterusan dari pihak kerajaan untuk terus membangunkan Bukit Besi.
Walaupun,perlombongan sudah ditutup namun pihak KETENGAH mengambil inisiatif iaitu membuat satu GALERI yang mempamerkan hasil peninggalan perlombongan bijih besi.Antara bahan yang dipamerkan adalah maklumat,sejarah,peta,carta,foto,contoh penemuan batu dan perlatan menguji kandunagn bijih besi.Untuk keterangan lanjut mengenai galeri ini boleh dihubungi melalui:
GALERI SEJARAH BUKIT BESI,
PEJABAT KETENGAH,
BANDAR BUKIT BESI,DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN.
TEL:09-8337217/09-8337219

0 Comments: