PENGINAPAN/HOMESTAY

Isnin, 17 Ogos 2009


Bagi penduduk luar dari Bukit Besi yang ingin datang bermalam di Bukit Besi,anda tidak perlu risau memikirkan tentang tempat tinggal.Ini kerana Bukit Besi mempunyai rumah tumpangan untuk disewa.Salah satu rumah tumpangan yang terdapat diBukit Besi ialah:-



RUMAH TUMPANGAN BUKIT BESI

LOT :313,PERINGKAT 2,23200 BUKIT BESI,DUNGUN,TERENGGANU

TEL:013-9327407(MOHAMMAD BIN OMAR)

Rumah Tumpangan Bukit Besi merupakan satu destinasi penginapan yang amat sesuai bagi percutian keluarga anda.Terletak berhampiran lebuhraya jerangau- jabor,ianya menjadi satu lokasi persinggahan,percutian dan penginapan yang berkonsepkan keluarha.Amat sesuai dijadiakn tempat rehat sementara bagi rombongan merisik khabar,peminagan,perkahwinan dan lain - lain.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

1.BILIK BERHAWA DINGIN + SARAPAN = RM 80/MALAM

2.TANPA HAWA DINGIN + SARAPAN =RM60/MALAM

3.TEMPAHAN SEBUAH RUMAH =RM250/MALAM(Boleh menampung sehingga 40 orang pada satu masa)

4.MEMPUNYAI PERALATN MEMASAK

5.PETI SEJUK DAN TV DIRUANG TAMU

6.SUDUT MESYUARAT UNTUK 20 ORANG

7.SUDUT INFO KETENGAH,PAMERAN CONTOH BIJIH DAN GAMBAR LAMA DIPAMERKAN


(Kemudahan 4 hingga 7 tidak dikenakan apa - apa bayaran tambahan)Jika berminat,sila hubungi kami dan buat tempahan segera sebelum penuh.Tempahan awal dialukan -alukan agar anda tidak kecewa.


Salam hormat dari kami:


Pengurus Rumah Tumpangan Bukit Besi


Anak itik si anak angsa,


Mati seekor terpijak bara,


Sudah menjadi budaya bangsa,


Tetamu jauh dilayan mesra.


Aku....PPIK......Komuniti......

Rabu, 5 Ogos 2009







Antara aktiviti belia Bukit Besi
Dengan jumlah penduduk yang merangkumi 3 buah kampung sekitar,boleh dikatakan Bukit Besi tidak lah begitu sunyi.Ada saja aktiviti yang dilakukan.Dengan populasi penduduk terdiri daripada wanita,belia,kanak- kanak,warga emas pelbagai aktiviti dijalankan.Antaranya kaum wanita ada aktivitinya tersendiri misalnya:

SETIAP SELASA

~KELAS MASAKAN ANJURAN KEMAS(BANGUNAN KEMAS BUKIT BESI )

-JAM 2 PETANG - 5 PETANG


~KELAS SENAM TARI(BANGUNAN BALAIRAYA BUKIT BESI)

-JAM 5.30 PETANG

SETIAP KHAMIS

~KELAS CERAMAH AGAMA(BALAIRAYA BUKIT BESI)

-JAM 3 PETANG





TENTANG PPIK

Dibawah projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat(USP) fasa 5 sebanyak 250 lokasi telah dijadikan PPIK.Pembinaan PPIK berkenaan adala kesinambunagn daripada 4 fasa pelaksanaan projek USP diseluruh negara bermula 2002,yang antara lain bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.
PPIK(PUSAT PERKHIDMATAN DAN ILMU KOMUNITI) bertindak sebagai pusat sehenti dalam bidang ICT bagi meningkatkan mutu hidup masyarakat luar bandar.Komuniti setempat memaninkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan program - program di ppik.Pembinaan PPIK diharap dapat memperbaiki tahap ekonomi komuniti setemapt dan meningkatkan pengetahuan sistem penghantaran secara dalam talian disamping membantu mereka dengan penggunaan aplikasi elektronik,seiring dengan kemajuan ekonomi berasaskan pengetahuan.
Antara aktiviti yang dijalankan di PPIK adalah:
  • LATIHAN IT YANG BERJADUAL
  • APLIKASI ELEKTRONIK

Bukit Besi salah satu lokasi yang terpilih dijadikan PPIK.PPIK Bukit Besi beroperasi sepenuhya pada NOVEMBER 2008.PPIK ini terletak bersebelahan dengan PERPUSTAKAAN DESA Bukit Besi.Bangunanya didirikan secara ANNEX.

NAMA PENYELIA:AIDA AZMA JUSOH

EMAIL:ppik.bbesi@yahoo.com.my

ym:ayda_azma@yahoo.com.my

JADUAL OPERASI:

SABTU HINGGA RABU

JAM:8.30 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

CUTI UMUM TUTUP
Tugas seorang penyelaras Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK) merupakan satu tugas yang sangat mulia. Mereka inilah yang menjadi tenaga pengajar kepada masyarakat desa tentang penggunaan komputer dan seterusnya memperkenalkan mereka kepada dunia IT tanpa sempadan ini.
Hakikatnya tugas yang dipikul oleh mereka bukanlah satu tugas yang mudah. Membawa sesuatu yang baru kepada masyarakat yang selama ini tidak menggunakTan teknologi tersebut di dalam kehidupan seharian mereka sememangnya memerlukan kemahiran, daya usaha serta kesabaran yang tinggi. Ia bukanlah satu tugas yang mudah.
Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh penyelaras PPIK untuk menarik minat pengunjung untuk datang mempelajari kemudahan komputer berinternet ini termasuklah dengan mengedarkan risalah-risalah tentang kewujudan PPIK dan perkhidmatan yang disediakan.

SEJARAH BUKIT BESI...........

SEJARAH BUKIT BESI(CERITA RAKYAT)

Bagaimana Bukit Besi mendapat nama? Ada pendapat menyatakan, ceritanya bermula dengan penemuan beberapa orang penduduk setempat yang masuk ke hutan untuk mencari rotan. Ketika dalam perjalanan mereka berhenti rehat dan ingin menikmati bekal yang dibawa. Salah seorang daripada mereka ternampak seketul batu sederhana besar dan sesuai dijadikan lapik duduk. Beliau lalu mengambil keputusan untuk mengangkat batu tersebut. Walau bagaimanapun, niatnya terpaksa dibatalkan apabila batu tersebut ternyata sangat berat. Ada yang cuba untuk mengangkat batu tersebut namun tetap juga gagal. Maka salah seorang daripada mereka mencadangkan menamakan tempat tersebut dengan nama Bukit Besi dan ia kekal sehingga ke hari ini.(SUMBER DIPEROLEHI DARI BUKU SEJARAH BUKIT BESI)


SEJARAH PERLOMBONGAN BIJI BESI
Manakala sejarah perlombongan pula bermula begini. Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kajibumi dari Jepun, Mr. Kuhara datang ke Cemuak, Ulu Dungun pada tahun 1916 dan mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut. Di zaman permulaan, bijih besi diangkut dengan kereta tolak daripada Bukit Besi ke kampung. Dendang. Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot. Syarikat Kuhara Mining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927. Ia kemudian ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC).'Mining Lease' telah dikeluarkan dengan rasmi oleh Kerajaan Terengganu kepada NMC pada 13.1.1929. Kawasan tersebut seluas 1080 ekar, terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132 adalah pecahan daripada M.L. 75, iaitu kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, Tengku Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Pada tahun 1930, laluan keretapi Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che' Lijah. 'Stock Pile' atau Tempat Memunggah Bijih yang pertama juga adalah di Kampung Che' Lijah. Dari situ bijih-bijih besi dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun. Tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). Pendapatan penduduk Bukit Besi pada masa itu sangat mewah. Perkhidmatan awam seperti bekalan air, elektrik, keretapi juga disediakan secara percuma. Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dapat disiapkan dalam tahun 1936. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong, dan akhirnya dipindahkan pula ke Sura. Pengeluaran bijih besi oleh NMC ini mencapai kemuncaknya antara 1936 - 1940. Selepas itu ia mula menurun dan berakhir pada tahun 1945, iaitu selepas Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Tiada aktiviti perlombongan yang dijalankan sekitar 1946 - 1949 kerana keadaan darurat dan tiada permintaan. Kerajaan British telah menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Company (EMMCO). EMMCO telah memulakan kegiatannya secara besar-besaran di awal 1950an, kerana permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat di Jepun. Untuk mendapatkan keuntungan besar dalam masa yang singkat, EMMCO telah menggandakan pengeluaran bijih. Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu, di samping mengaut keuntungan yang berlipat ganda.Kemuncak pengeluaran ialah antara 1960 - 1964 di mana jumlah pengeluaran melebihi 2,000,000 tan setahun. Pada 1 Oktober 1970, Lembaga Pengarah EMMCO telah membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong Bukit Besi. Terdapat berbagai faktor yang menyebabkan penutupan ini, walaupun kandungan bijih besi dipercayai masih terdapat dengan banyak lagi. Penutupan lombong bijih besi ini telah mempengaruhi ekonomi dan kehidupan penduduk-penduduk Bukit Besi dan Dungun. Ramai daripada mereka telah berhijrah ke tempat-tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan baru.

APA YANG ANDA PERLU TAHU.....................

Air terjun....sejukkkkkkkkkkkkkk

Tasik Puteri merupakan hasil dari bekas perlombongan bijih besi
TASIK PUTERI BUKIT BESI
Airnya yang kebiru-biruan sesalju mata yang memandang. Adakalanya angina yang bertiup damai membuatkan hati bertambah teruja akan keindahan Tasik Puteri Bukit Besi. Tasik ini yang terletak dalam Daerah Dungun merupakan sebuah tasik buatan manusia yang dihasilkan daripada peninggalan lombong bijih besi.Tasik ini dahulunya lombong bijih kini bertukar menjadi pusat rekreasi utama bagi penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan. Keluasan tasik ini adalah 131 hektar. Tasik ini melibatkan kawasan persekitaran kira-kira 5km persegi, bersempadan Kampung Dikinson di sebelah utara, terletak kira-kira 3 km dari bandar Bukit Besi bila menghala ke Kuantan melalui jalan Jerangau – Jabor. Di tebing sebelah barat tasik ini terdampar indah menghijau sebuah kawasan padang golf iaitu Tasik Puteri Golf Club. Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertanggungjawab memajukan tasik ini untuk tujuan perlancongan yang terkenal.
Tasik Puteri Bukit Besi terletak kira- kira 100 kilometer dari Kuala Terengganu dan 200 kilometer dari Kuantan menggunakan jalan Jerangau – Jabor. Pelancong boleh memandu sendiri ke Tasik Puteri melalui Jalan Jerangau Jabor .Dari Kuala Terengganu menggunakan Jalan Jerangau Jabor- Kuantan sebelum masuk ke persimpangan kanan ke Bandar Bukit Besi.Tasik ini terletak dipinggir lebuh raya Jerangau Jabor –Kuantan.Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke tempat rekreasi ini.

Ini juga salah satu lokasi peninggalan hasil perlombongan biji besi


Inilah salah satu hasil peninggalan perlombongan bijih besi

Mendengar namnya sahaja pasti membuatkan orang mengetahui tempat ini kaya dengan hasil besinya. Namun ia hanya tinggal sejarah kini. Lombong bijih besi telah lama ditutup namun tinggalanya membuatkan Bukit Besi suatu tempat yang kaya dengan nilai sejarah. Bukit Besi terletak kira-kira satu jam perjalanan dari arah Bandar Dungun. Jika pengunjung datang dari Bandar Dungun, untuk sampai ke Bukit Besi, pengunjung haruslah menghala ke arah Kuala Terengganu. Terdapat satu simpang kiri menghala ke Bukit Besi iaitu dengan jarak 32km.
Menarik tentang Bukit Besi tentunya tinggalan sejarahnya di mana di sini terdapat banyak bangunan lama tepat pemprosesan bijih besi yang cukup menarik untuk dilawati. Berlatarbelakangkan keindahan alam semula jadi hutan, struktur bangunan lama ini kelihatan begitu cantik dan unik. Selain daripada itu, yang terkenal di sini tentunya keindahan Tasik Puteri. Airnya yang kebiru-biruan meyejukkan mata yang memandang.Malahan pelbagai projek telah direncanakan pihak kerajaan bagi terus membangunkan Bukit Besi antaranya ialah dengan pelan pembinaan institusi pengajian tinggi di kawasan ini. Kerajaan berhasrat untuk mendirikan Universiti Teknologi Mara (UITM) kampus cawangan Bukit Besi. Bukit Besi sekarang sudah banyak berubah di bawah pentadbiran LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH(KETENGAH). Malah Bukit Besi kini dipanggil Bandar Bukit Besi.Dengan pentadbiran Ketengah dan sokongan yang berterusan dari pihak kerajaan untuk terus membangunkan Bukit Besi.
Walaupun,perlombongan sudah ditutup namun pihak KETENGAH mengambil inisiatif iaitu membuat satu GALERI yang mempamerkan hasil peninggalan perlombongan bijih besi.Antara bahan yang dipamerkan adalah maklumat,sejarah,peta,carta,foto,contoh penemuan batu dan perlatan menguji kandunagn bijih besi.Untuk keterangan lanjut mengenai galeri ini boleh dihubungi melalui:
GALERI SEJARAH BUKIT BESI,
PEJABAT KETENGAH,
BANDAR BUKIT BESI,DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN.
TEL:09-8337217/09-8337219